Friday, November 16, 2007

True or False?

Ada sorang ni, Paul namanya, kaki main ekor...mmg dia selalu beli nombor...tp x pernah kene....

Satu mlm tu,lepas dimarahi oleh isterinya kerana masih membeli nombor walaupun x pernah menang walau 1 sen pun,dia kluar rumah utk menenangkan hati & perasaan...akhirnya dia sampai ke satu bar dan bertekad utk minum sampai mabuk utk melupakan masalahnya...Bartender tu plak perasan si Paul ni tensen smcm, so dia tanya la, "nape bro, wats the problem?"

Si Paul pun menceritakan masalahnya. Lepas mendengar penjelasan Paul si bartender diam sekejap, sebelum bertanya
"kalau i introduce u kat seorg bomoh ni, yg bole bg winning number, nak x? gerenti kene punya..."
Paul tanpa berfikir panjang terus bersetuju...so si bartender ni bg nombor handphone bomoh tu, yg dipanggil Tok Jinjang. Nama sebenarnya tidak diketahui...

Paul pun menghubungi Tok Jinjang dan membuat appt dgnnya. Di pertemuan mereka, Tok Jinjang berkata...
"Tok bole bg nombor yg gerenti menang, tp tok ada 1 syarat. risau pulak u x bole tepati syarat ni...klu u x bole tepati 1 syarat ni, semua kekayaan u akan hilang and u akan hidup lagi susah selamanya."

Paul berfikir sebentar "Saya sanggup tok, asalkan saya bole menang nombor ekor. Apa syaratnya?"

Tok Jinjang berkata "Syaratnya ialah lepas kamu menang 1st prize tu nanti, setiap Khamis mesti ada sebuah kapal terbang di atas kepala kamu."

Paul pun pelik. Apa maksudnya? Macamana nak tepati syarat macam tu? "Macamana tu Tok? saya kene pegi airport setiap hari Khamis dan pastikan ada kapal terbang lalu atas kepala saya? macam tu ker?

Tok Jinjang menjawab, "ya, cara tu bole diterima"

Paul pun bersetuju dan Tok Jinjang pun memberinya satu nombor...dan terbukti nombor tu betul2 menang 1st prize...jadi Paul dah jadi kaya raya....

Paul tidak lupa kpd bartender tu...dia ada hantar "thank you" card...dan dia juga tidak lupa pada syarat yg dijanjikan kpd Tok Jinjang. Setiap Khamis dia akan ke airport dan berdiri di satu tmpt di mana kapal terbang akan terbang tinggi di atas kepalanya...

Setelah bbrp bulan si Paul berbuat demikian, dia mula boring dan bosan..."letih, leceh nak pergi airport setiap Khamis...tp aku x nak jadi miskin & hidup susah selamanya...mcmana nak buat ni?"

Setelah berpikir utk bbrp minggu lagi, Paul mendpt satu idea...di bawah ni ialah rumah Paul.





Note: Cerita ni rekaan semata-mata. Tiada kaitan dgn sesapa pun.Rumah ni bukan rumah Paul, tp rumah ni mmg wujud, siap ngan kapal terbang tu. Dulu masa aku duk Cheras, hari2 aku lalu rumah ni...

Kami dari Tok Jinjang FC tidak menggalakkan sesapa berjudi atau minum arak. Tu semua haram, ok?

No comments:

Post a Comment